Monday, December 28, 2015







Netbook 1Malaysia adalah merupakan sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ke Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).       

Netbook 1Malaysia diagihkan kepada sekolah-sekolah untuk penggunaan murid-murid dalam program Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTL). Program ini berfokus kepada pendedahan murid kepada peranti komputer serta kemahiran asas papan kekunci dan tetikus (keyboarding dan mouse skill). 

Selain itu, program ini juga memberikan pendedahan murid kepada pemprosesan perkataan (word processing), hamparan elektronik (electronic spread sheet) dan aplikasi persembahan (presentation applications).